Saturday 9 July 2011

Sinopsis : Kaedah Cepat Membaca

Hasil kajian mendapati bahawa setiap orang mempunyai kecerdasan yang berbeza. Kemampuan individu dapat diukur berlandaskan prestasi akademik mahu pun pekerjaan. Bagi murid sekolah khasnya, prestasi akademik menjadi ukuran kecerdasan. Lazimnya, murid yang mempunyai prestasi akademik yang cemerlang akan berada dalam kelas yang terbaik, begitulah juga dengan murid yang lemah akan berada dalam kelas yang tercorot.

Kegagalan murid menguasai kemahiran 3M menjadi faktor utama yang menjejaskan prestasi akademik murid berkenaan. Justeru, untuk mengatasi masalah murid tidak menguasai 3M, Kelas Pemulihan Khas dibangunkan di sekolah sebagai langkah membantu murid yang gagal menguasai 3M. Sehubungan itu, artikel ini dapat memberi sedikit panduan berkaitan permasalahan murid-murid Kelas Pemulihan Khas. Klik Kaedah Cepat Membaca

Selain itu, terdapat banyak program yang diperkenalkan bagi mengatasi masalah kegagalan murid menguasai 3M contohnya PROTIM yang dijalankan oleh guru Bahasa Melayu bagu tahap 2. Langkah ini diikuti dengan Program KIA2M bagi murid Tahun 1. Program KIA2M telah ditamatkan apabila KPM memperkenalkan satu lagi program yang lebih baik iaitu LINUS (literasi dan numerasi). Mengikut objektif program ini, semua murid normal akan menguasai 3M selewat-lewatnya apabila berada di Tahun 3, sebelum beralih ke Tahap 2 di sekolah rendah

Sebagai panduan untuk guru-guru Kelas Pemulihan Khas mahupun guru LINUS, berikut ialah contoh software yang dibangunkan dan amat sesuai digunakan. Klik IQ'RUM
Semoga kita semua mendapat manfaat atas perkongsian ini.....

19 comments:

  1. mengajar anak-anak pemulihan memang memerlukan kesabaran yang tinggi

    ReplyDelete
  2. Mahir membaca membolehkan seseorang murid itu mencapai prestasi yang baik tapi masih juga terdapat murid yang tidak menguasai kemahiran ini, prihatin dan kesabaran adalah kunci kejayaan disamping doa dan niat yang ikhlas.

    ReplyDelete
  3. kebelakangan ni kenapa makin ramai murid yg tidak menguasai 3m?

    ReplyDelete
  4. ibu bapa perlu sedar bahawa adalah menjadi tanggungjawab mereka juga memastikan anak-anak dapat menguasai kemahiran membaca dan tidak hanya mengharapkan guru semata-mata..

    ReplyDelete
  5. Setuju sgt2. Mendidik bukan dibahu guru semata2. Guru pertama seorang insan ialah ibu bapa. Guru mengajar di sekolah, ibu bapa memantau perkembangan anak2...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih cikgu...ini merupakan satu perkongsian yang baik untuk kita manfaatkan bersama.

    ReplyDelete
  7. Kena belajar ni.Memori dah kurang dan asyik lupa je.

    ReplyDelete
  8. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan Cikgu Nazri.

    ReplyDelete
  9. Satu perkongsian yang menarik kerana saya juga salah seorg guru linus. Mendidik murid membaca terutama murid Linus memerlukan kesabaran yang tinggi.

    ReplyDelete
  10. Kita memang tahu, sabar itu separuh daripada iman....
    Tapi, sukarnya nak mendidik diri kita menjadi seorang yang penyabar....

    ReplyDelete
  11. Mulianya....guru....insan yang mendidik dan mengajar ilmu dengan penuh kesabaran...moga Allah melancarkan segala tugasan kita....

    ReplyDelete
  12. Menarik sungguh artikel ini.Moga software ini akan banyak membantu guru-guru LINUS..insyaAllah.

    ReplyDelete
  13. tahniah...artikel yang banyak faedahnya....

    ReplyDelete
  14. apabila murid sudah boleh membaca kitalah insan yang paling bahagia.

    ReplyDelete
  15. Kejayaan murid adalah hadiah paling bermakna buat kita.....

    ReplyDelete
  16. kaedah membaca cepat ini memang berfeadah untuk murid-murid zaman ini. kaedah ini boleh membuatkan para pelajar membaca lebih banyak bahan dalam kehidupan harian mereka.

    ReplyDelete
  17. kaedah cepat membaca adalah kaedah yang amat penting dan perlu dipelajari agar dapat memantapkan para pelajar supaya cepat membaca

    ReplyDelete