Tuesday 12 July 2011

Tahniah buat anakanda

Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah Baling Sik 2011
Nur Farisha Irdina ( 7 tahun )

Karnival Pendidikan Islam Peringkat Negeri Kedah 2011
Sebahagian daripada peserta yang
mengambil bahagian bagi acara hafazan
kategori Sekolah Rendah

Monday 11 July 2011

ICT Dalam Pendidikan

Slide yang memaparkan maklumat tentang penggunaan ICT dalam pengajaran & pembelajaran. Kalau nak buat pembentangan memang elok.
http://www.slideshare.net/shahwiran/penggunaan-ict-dalam-pp-presentation

SK Tembak: Aktiviti Menarik

1. Lawatan Ke Menara TM


2. Kem  Melonjak Jati diri di Lata Bayu


3. Antara Aktiviti Kursus Dalaman

Saturday 9 July 2011

SK Tembak : Peristiwa

1. Majlis Pelancaran SK Tembak sebagai Sekolah Pintar TM
Kiri: Tarian 1 Malaysia menyambut ketibaan tetamu VVIP.
Kanan: Memeterai perasmian Pelancaran Sekolah Pintar TM.

2. Majlis Khatam Al-Quran Murid-murid Tahun 6

Kiri: Hafazan Surah Yasiin (ayat 1-40)  sebagai pembuka majlis.
Kanan: Sebahagian murid Tahun 6 yang terlibat.

3. Majlis Persaraan Guru Besar Tn. Hj. Syed Saripuzen

Kiri: Persembahan koir oleh murid Tahun 6.
Kanan: Selamat bersara & Selamat Hari Lahir...


Sinopsis : Kaedah Cepat Membaca

Hasil kajian mendapati bahawa setiap orang mempunyai kecerdasan yang berbeza. Kemampuan individu dapat diukur berlandaskan prestasi akademik mahu pun pekerjaan. Bagi murid sekolah khasnya, prestasi akademik menjadi ukuran kecerdasan. Lazimnya, murid yang mempunyai prestasi akademik yang cemerlang akan berada dalam kelas yang terbaik, begitulah juga dengan murid yang lemah akan berada dalam kelas yang tercorot.

Kegagalan murid menguasai kemahiran 3M menjadi faktor utama yang menjejaskan prestasi akademik murid berkenaan. Justeru, untuk mengatasi masalah murid tidak menguasai 3M, Kelas Pemulihan Khas dibangunkan di sekolah sebagai langkah membantu murid yang gagal menguasai 3M. Sehubungan itu, artikel ini dapat memberi sedikit panduan berkaitan permasalahan murid-murid Kelas Pemulihan Khas. Klik Kaedah Cepat Membaca

Selain itu, terdapat banyak program yang diperkenalkan bagi mengatasi masalah kegagalan murid menguasai 3M contohnya PROTIM yang dijalankan oleh guru Bahasa Melayu bagu tahap 2. Langkah ini diikuti dengan Program KIA2M bagi murid Tahun 1. Program KIA2M telah ditamatkan apabila KPM memperkenalkan satu lagi program yang lebih baik iaitu LINUS (literasi dan numerasi). Mengikut objektif program ini, semua murid normal akan menguasai 3M selewat-lewatnya apabila berada di Tahun 3, sebelum beralih ke Tahap 2 di sekolah rendah

Sebagai panduan untuk guru-guru Kelas Pemulihan Khas mahupun guru LINUS, berikut ialah contoh software yang dibangunkan dan amat sesuai digunakan. Klik IQ'RUM
Semoga kita semua mendapat manfaat atas perkongsian ini.....

Friday 8 July 2011

Penawar Jiwa Dari Anakanda


Hafazan Surah Al-Mulk oleh Muhammad Farhan Hakimi (8 tahun) 
ketika  Majlis Isra' Mikraj pada 30 Jun 2011 di Surau Taman Desa Bidara.
Gambar kurang jelas dirakam melalui telefon bimbit.

Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

( Artikel dipetik dari nuursyifa.blogspot.com/)

Thursday 7 July 2011

Melahirkan Anak Yang Soleh Dalam Islam

Bagaimana melahirkan anak soleh?

Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita. Sabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud); “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Setiap dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab kita. Anak-anak bukan sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang lebih besar dari itu mereka merupakan amanah yang dipikulkan Allah ke atas bahu kita. Allah ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh menjaga dan mendidik mereka atau tidak?

“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar” (Surah al-Anfal, ayat 27-28)

Apa makna anak soleh?

Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya’Allah anak itu secara otomatik akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.

Bagaimana mendidik anak menjadi soleh?

Tidak ada cara mendidik anak yang paling baik dan paling berkesan melainkan dengan cara didikan Islam. Langkah pertama ke arah didikan anak yang sempurna ialah keazaman ibu-bapa itu sendiri untuk kembali menghayati Islam dan menghidupkan Biah Islamiyyah (yakni suasana keislaman) di dalam keluarga dan rumah. Hanya anak yang hidup di dalam suasana keislaman yang dapat menghayati Islam dan seterusnya berjaya dibentuk menjadi anak yang soleh.

“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”. (al-Anfal: 24)

10 langkah praktik untuk melahirkan anak soleh

Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain 3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita?
Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
Selalu membaca al-Quran di rumah
Membiasakan solat-solat sunat di rumah
Hidupkan budaya memberi salam
Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita
Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita

Insya-Allah dengan melaksanakan langkah-langkah tersebut dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah, akan lahirlah di dalam keluarga kita anak-anak soleh yang bukan sahaja dikasihi Allah, tetapi juga menyejukkan mata kita dan menyenangkan masyarakat.

Dipetik dari www.islamituindah.my